Want your
own Fotopage?







 
Zahara & Hassim Family

By: zahara hassim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Apr-2008 02:42 Email | Share | Bookmark
Pulut Serunding

 
 
 
Pulut serunding ni memang kegemaran saya, jadi bila masak lontong saja buat serunding lebih....jadi buat lah pulut serunding utk sarapan esoknya. Makan pulut ni mesti banyak serunding nya baru best.....
Resepi ni dari buku Pesta Perut.



Serunding
2 biji kelapa parut (buang kulit)

Bahan kisar:
4 btg serai
10 ulas bwg putih
3 biji bwg besar
lengkuas sebesar ibu jari
3 sudu mkn penuh ketumbar biji ) saya ganti kan dgn
2 sdm rata jintan manis ) 3 sdm rempah kari
2 sdm rata jintan kasar ) 2 sdm cili serbuk
30 btg lada kering )

1/2 kg daging cincang (disangar)
150g gula melaka
2 helai daun kunyit (dipotong kasar)
5-6 daun limau purut
sedikit minyak utk menumis
1/2 cwn air asam yg pekat
garam secukup rasa

Cara:
Kelapa parut ini hendaklah disangar sehingga ia kekuningan. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah dan cili serbuk hingga garing dan naik minyak. Masukan daging, kacau sebentar and masukkan air asam. Kemudian masukkan kelapa, gula dan garam, daun kunyit & daun limau. Api hendaklah dikecilkan. Gaul rata bahan2nya dan masak sehingga serundingnya kelihatan berderai. Kacau selalu supaya tidak melekat. Rasanya mestilah pedas sedikit, masa, manis dan masin.

Bahan utk pulut:
1kg pulut (cuci bersih dan rendam 2 jam atau semalaman)
1 cwn santan pekat
garam secukup rasa

Cara:
Jerang kukusan dan alas kain jarang. Curahkan pulut dan lubang lubangkan dgn batang senduk. Kukus hingga masak. Setelah itu curahkan kedlm dulang dan gaul dgn santan basah2 hingga rata. Kukus lagi selama 1/2 jam. Bila wap keluar, angkat dan curahkan dlm dulang. Bentuk pulut bulat2 dan atur dlm pinggan hidangan. Curahkan serunding diatasnya dan hidang.

Quote:
Mamaella - serunding ni memang sedap kalau terasa pedas dan manis nya......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net