Want your
own Fotopage?








 
Zahara & Hassim Family

By: zahara hassim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Nov-2007 09:37 Email | Share | Bookmark
Puding Roti - Mak Lang Azie

 
 
 




Semalam kakak saya buat kenduri doa selamat utk adik beradik sebelum berangkat ke Mekkah menunaikan Haji. Tak tahu apa nak bawa sebab pagi tu baru dia beritahu. Tinjau2 di RNet nampak resepi Puding Roti biras Mak Lang Azie (thank u for sharing) dan semua bahan pun ada di rumah. Yang penting buatnya ringkas sangat. Saya guna roti Wholemeal campur roti putih.
Texture puding ni nampak kasar sebab roti dikisar kurang halus, tak perasan sebab dari luar nampak macam dah ok. Rasa puding sedap seakan2 agar2 gudil...lebih enak dimakan sejuk. Anak2 pun suka.....

PUDING ROTI
sumber : birasku (biras mak lang)

1 pkt agar2 <> 25 gram kot.. tak perasanlah cap layang2 (saya guna 4 paket agar2 serbuk 7gm satu pkt)
Air ikut sukatan plastic pembungkus agar2 tu.
Gula ikut manis (saya <>250gm)
Susu cair – I tin
Roti – beli roti yg biasa(murah) nak jimat - 6 -7 keping lebih pun tak pe.
Telur – 1 bji
Esen vanilla skit.

Cara-cara:
Blend roti , telur & susu + esen vanilla – sampai roti hancur.
Agar2 rendam dlu – masak sampai hancur + gula – rasakan manisnya.
Masukkan adunan roti & susu. Kacau sekejap & api perlahan.
Bahagikan 3 warna – corak ikut citarasa sendiri.

Quote:
Nor - Kelembuatnya lebih kurang mcm agar2 juga....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net